ISTANBUL, 17 MAC: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir telah melakukan guguran udara bantuan kemanusiaan kesembilan mereka di Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
ANKARA, 16 MAC: Terdapat bukti bahawa Israel menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
ABU DHABI, 16 MAC: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan ketibaan kapal pertama yang membawa 200 tan bekalan makanan dan bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
ISTANBUL, 16 MAC: Sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh Israel ke atas pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rafah, Gaza pada 13 Mac.
BERLIN, 15 MAC: Kritikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim terhadap kurangnya tindakan negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza meraih sokongan individu berpengaruh dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.
BANDARAYA GAZA, 14 MAC: Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wiayah terkepung itu pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing.
GAZA, 10 MAC: Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah terkepung itu.
BANDARAYA GAZA, 10 MAC: Angka kematian rakyat Palestin akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak 7 Okt lepas telah meningkat kepada 25 orang.
BANDARAYA GAZA, 9 MAC: Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Jumaat malam.
WASHINGTON, 8 MAC: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan rakan kongsinya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pantai Semenanjung Gaza dalam usaha menyampaikan bantuan tambahan kepada orang awam di wilayah terkepung itu, menurut seorang pegawai kanan kerajaan AS di sini.
SHAH ALAM, 4 MAC: Malaysia terus lantang memperjuang nasib penduduk Palestin di Gaza sehingga hari ini melalui enam tuntutan, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin.
BANDARAYA GAZA, 4 MAC: Puluhan orang terbunuh dan cedera apabila tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Malaysia mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta menegaskan Israel mesti bertanggungjawab atas pertumpahan darah yang tidak berkesudahan dan kemusnahan di Gaza.
GAZA, 26 FEB: Pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup.
ABU DHABI, 26 FEB: Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.
ANKARA, 21 FEB: Jumlah wanita dan kanak-kanak yang maut di Gaza sejak 7 Oktober lalu melebihi enam kali ganda berbanding mangsa yang terkorban dalam perang Rusia-Ukraine.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini “semakin bahaya”, menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang kini di ambang kebuluran.
NEW YORK, 20 FEB: Bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi di Semenanjung Gaza meningkat dengan mendadak akibat serangan berterusan Israel, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.